Tampaknya kebanyakan pasaran kripto semakin meningkat. Dari platform DeFi, DApps, kepada NFT, harga kripto dan token pamerkan lonjakan sejak beberapa hari yang lalu.
Khususnya, Chainlink telah menyinari pasaran dengan mempamerkan pergerakan harga yang positif pada pembukaan dagangan bulan Ogos, mencatatkan lebih 14% kenaikan sehingga sesi dagangan hari ini.
Chainlink memulakan kenaikan yang konsisten pada penghujung bulan Julai menghasilkan hampir 80% kenaikan dengan mencatatkan paras tertinggi sekitar $23.9 mengakhiri sesi dagangan semalam.
Kini Chainlink memiliki permodalan pasaran lebih $10 bilion dengan mencatatkan jumlah dagangan lebih $1.2 bilion dalam tempoh 24 jam terakhir.
Seterusnya, melihat kepada carta pergerakan semasa harga LINK/USDT.
Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dilihat masih berusaha untuk kekalkan mementum kenaikan dan telah menembusi zon resistance sekitar $24 pada sesi dagangan hari ini.
Penganalisa kripto menjangkakan, sekiranya pergerakan harga berjaya mengekalkan momentum kenaikan, zon resistance sekitar $24 tersebut bakal diuji terlebih dahulu sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi atau membuat paras tertinggi terbaru.
Namun, jika LINK kembali menunjukkan trend bearish, pergerakan harga bakal menguji kembali zon RBS (resistance become support) sekitar $22 samada membuat rebound atau meneruskan penurunan yang lebih rendah.
Ketika penulisan, LINK/USDT didagangkan pada harga sekitar $23 melonjak lebih 5% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di tangga ke-12 dalam pasaran kripto.
Lihat gambar carta matawang kripto LINK/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.