Filem Star Wars bakal jadi realiti ni, Elon Skywalker vs China Deathstar.
Rakyat China mengecam satelit milik jutawan Tesla, Elon Musk, ekoran kerajaan China yang ketidakpuashatian kerana terpaksa mengalihkan stesen angkasa mereka bagi mengelak dari terlanggar.
Menurut laporan yang dihantar oleh kerajaan China kepada agensi angkasa PBB, satelit dari Starlink Internet Servies milik syarikat aeroangkasa SpaceX Musk hampir melanggar stesen angkasa milik China sebanyak dua kali pada 1 Julai dan 21 Oktober.
Setakat ini pihak SpaceX masih belum memberi sebarang kenyataan lanjut.
Dalam pada itu, menerusi ciapan di Weibo yang juga dianggap Twitter di China, para pengguna melabel satelit Starlink sebagai ‘sampah’ dan ‘senjata perang angkasa Amerika’.
Terdapat lebih 30,000 satelit berada di orbit angkasa dan saintis menggesa kerajaan untuk berkongsi data bagi mengurangkan risiko perlanggaran angkasa.
SpaceX telah melancarkan hampir 1,900 satelik untuk melayani rangkaian jalur lebar Starlinknya.