Terbaru, pengasas bersama PayPal, Peter Thiel memberi amaran kerajaan pusat China mungkin menyokong Bitcoin sebagai strategi melemahkan polisi asing dan monetari Amerika Syarikat (AS).
Jelasnya dalam Nixon Seminar semalam, sebagai pro-crypto dan Bitcoin, Thiel mengaku bimbang jika Bitcoin dijadikan sebagai senjata kewangan China dalam menentang AS.
“Dari sudut pandangan China, mereka tidak suka AS memiliki dolar kerana statusnya yang menguntungkan terhadap rantaian bekalan minyak dan pelbagai lagi.”
Thiel juga memberi contoh lain ketika China cuba mendominasi perdagangan minyak dalam euro beberapa tahun lalu, termasuk berusaha untuk melemahkan kedudukan dolar global.
“Euro – boleh dianggap sebagai sebahagian senjata terhadap dolar tapi tidak berkesan. Tapi China jelas ingin melihat dua matawang rizab, seperti euro.”
Bagaimanapun, Thiel turut mengandaikan China sebenarnya tidak mahu matawangnya menjadi matawang rizab global memandangkan pihak kerajaan negara itu perlu membuka akaun modal yang mana perkara itu sebolehnya dielakkan.
Ekoran daripada itu, China akan menyokong Bitcoin (BTC) dan melemahkan dolar daripada terus mengukuhkan.