Gelabah pelabur petang ini apabila Bitcoin (BTC) secara tiba-tiba menyusut lebih $2,000 dalam tempoh lima minit ketika gelombang ketidaktentuan mengganggu pasaran.
Berdasarkan carta harga bagi pasangan BTC/USD, raja kripto itu susut daripada $59,350 kepada $57,000. Bagaimanapun, ketika penulisan harga BTC sedikit bangkit kepada paras $58,131.
Sebelum ini, khabar daripada PayPal yang telah membenarkan penggunanya untuk melabur dalam matawang kripto termasuk BTC telah mengundang rasa senang dalam kalangan pelabur untuk melihat lonjakan harga bagi jangka masa yang panjang.
Bagaimanapun, jangkaan bullish yang berterusan nampaknya menemui titik kegagalan pada hari ini.
Pada masa yang sama, dilaporkan sebanyak $600 juta long positions telah dicairkan dalam tempoh 24 jam, menyaksikan kerugian nilai Bitcoin sehingga $1 bilion.
Penganalisis PlanB menjelaskan kerugian itu sebenarnya membantu pasaran kripto itu jauh daripada pengaruh yang tidak diingini selain memastikan lonjakan akan datang lebih organik. Dengan leveraj panjang yang dicairkan, Bitcoin ada ruang untuk menembusi paras $60,000 menjelang April ini.
Sebagai rekod, perkara yang sama telah berlaku bagi short dan long positions beberapa bulan yang lalu.
Pada masa yang sama kadar pendanaan di seluruh platform menunjukkan paras tertinggi untuk hari ini, mencapai 0.375% di Huobi, menunjukkan tekanan yang menurun sedang menghampiri.
Manakala, penganalisis meramalkan $68,000 dan $73,000 sebagai rintangan seterusnya.