Harga emas meneruskan kenaikan lebih tinggi menembusi paras harga $1,800 per auns pada sesi Asia dengan sokongan daripada dagangan US dolar yang terus melemah menuju penghujung minggu.
Ketika penulisan, spot emas diniagakan pada sekitar harga $1,803 per auns, manakala niaga hadapan emas pula $1,804 per auns.
Dagangan emas telah mendapat sokongan daripada kelemahan US dolar dan hasil perbendaharaan AS yang lebih rendah sejak keputusan mesyuarat polisi FOMC diumumkan.
Federal Reserve (Fed) menepati jangkaan untuk mengurangkan pembelian bonnya dan memberi petunjuk mengenai kenaikan kadar faedah pada tahun hadapan, membuatkan US dolar kurang menerima impak susulan keputusan itu.
Reaksi US dolar yang sepatutnya lebih kuat, diterjemahkan sebagai ‘buy the rumour, sell the news’, memperlihatan raja matawang itu mempamerkan pergerakan sebaliknya.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-forex-emas-makin-mahal?utm_source=clipboard&utm_campaign=wtshare&utm_medium=widget&utm_content=https%253A%252F%252Fsoundcloud.com%252Fintradaydotmy%252Fsis-forex-emas-makin-mahal
Selain itu, emas juga disokong oleh tekanan inflasi yang semakin tinggi di seluruh dunia, membuatkan pelabur beralih kepadanya sebagai lindung nilai kepada inflasi.
Keputusan Bank Pusat England (BOE) untuk menaikkan kadar faedah kepada 0.25% pada Khamis, tampaknya tidak dapat menghalang logam kuning emas untuk melanjutkan kenaikan lebih tinggi.