Mesyuarat FOMC: Fed Semakin Agresif Gandakan ‘Tapering’

833

Menepati jangkaan secara meluas, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) mengumumkan pengurangan pembelian bon dipercepatkan dan melihat tiga kenaikan kadar faedah pada tahun hadapan.

Federal Reserve (Fed) AS mengambil langkah drastik untuk mengurangkan pembelian aset sebanyak $60 bilion sebulan mulai Januari. Fed pada mulanya mengurangkan pembelian sebanyak $15 bilion pada bulan November, menggandakannya pada Disember kepada $30 bilion dan kemudian akan mempercepatkan lagi pengurangan itu pada 2022.

Sementara itu, unjuran bank pusat memberi indikasi bahawa para penggubal dasar melihat tiga kenaikan kadar faedah pada tahun hadapan, dengan dua akan menyusul pada 2023 dan dua lagi pada 2024.

Menurut dot plot, yang menjadi kegunaan Fed untuk memberi isyarat prospek bagi kadar faedah, menunjukkan 12 daripada 18 pembuat dasar melihat tiga kenaikan kadar pada tahun hadapan, jauh lebih agresif dari unjuran sebelum ini.

Pengerusi Jerome Powell dalam ucapannya memberitahu bahawa aktiviti ekonomi berada di tahap yang baik untuk berkembang kuat pada tahun ini, namun varian Omicron telah menimbulkan risiko terhadap prospek tersebut.

Dalam pada itu, Jerome Powell turut berbicara mengenai pasaran buruh yang dijangka akan mencapai tahap pekerjaan maksimun pada tahun hadapan.

Para penggubal dasar juga meningkatkan unjuran inflasi untuk tahun 2021, di mana indeks harga dijangka melonjak kepada 5.3% daripada 4.2% dan inflasi teras kepada 4.4%. Sementara untuk tahun 2022, unjuran dinaikkan kepada 2.6%, inflasi teras kepada 2.7%.

Pada masa yang sama, unjuran kadar pengangguran 2021 diturunkan kepada 4.3% daripada 4.8% yang dijangkakan pada September sebelum ini.

Secara keseluruhannya, Fed dilihat sangat hawkish dengan langkah agresif yang diambilnya untuk menangani tekanan inflasi yang semakin tinggi. Pada mesyuarat polisi edisi Disember, Fed kekal dengan kadar faedah tidak berubah pada julat sasaran 0 hingga 0.25%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat