Pemimpin senat, Chuck Schumer pada hari Isnin telah mengeluarkan laporan bertulis mengenai belanjawan $3.5 trilion Demokrat, dimana Senat mengharapkan ia diluluskan seawal minggu ini,
Usulan resolusi ini adalah langkah awal yang pertama untuk mengimplimentasikan rancangan Demokrat bagi membawa transformasi dalam iklim negara, penjagaan kanak-kanak dan undang-undang penjagaan kesihatan.
Rang undang-undang bagi menjayakan belanjawan hanya memerlukan 50 suara majoriti. Schumer merancang untuk menugaskan jawatankuasa Senat merangka belanjawan yang berbeza berkaitan dengan polisi.
Resolusi tersebut mensasarkan pada 15 September, para ahli komuniti dapat mengemukakan undang-undang rekonsilasi mereka. Perbahasan ini dapat mendorong peningkatan had hutang kerajaan. Justeru, parti demokrat akan berdebat dengan suara minoriti Republikan bagi mendapat sekurang-kurangnya 10 undi GOP untuk memenuhi syarat 60 suara.
Penggubal undang-undang Republik, yang dipimpin oleh McConnell, telah mengancam untuk menolak memilih untuk menaikkan had hutang. Sebaliknya, pada hari ini, Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen mendesak Kongres menaikkan had hutang dengan sokongan Republik.
Perjanjian yang dicapai oleh Schumer dan Gedung Putih menyatakan $ 3.5 trilion akan “diimbangi sepenuhnya oleh gabungan pendapatan cukai baru, penjimatan penjagaan kesihatan, dan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.”