Desas-desus kelulusan ETF Bitcoin bukan sahaja memberi impak positif kepada raja kripto tetapi turut menarik harga Fantom (FTM) dengan lonjakan lebih 20% dalam dua hari sahaja.
Apa yang berlaku?
ETF Bitcoin pertama Amerika Syarikat (AS), milik ProShares dikhabarkan akan diluluskan esok mengikut waktu tempatan. Ini bermakna, di bawah ticker BITO, ETF tersebut akan mula didagangkan pada Selasa.
Reaksi Bitcoin (BTC)
Pengumuman tersebut dibuat pada Jumaat, membawa pergerakan positif BTC dari paras terendah harian, $56,827.84 kepada paras tertinggi harian, $62,941.59 pada 15 Oktober dengan lonjakan 10.71%.
Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $62,414.37, melonjak hampir 3% dalam 24 jam. Hanya berbaki 3.78% sebelum aset ini kembali mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang direkod pada April 2021 – $64,863.10
Reaksi Fantom (FTM)
FTM mencatatkan peningkatan sebanyak 23.47% dari paras terendah harian, $1.89 pada 15 Oktober kepada paras tertinggi harian, $2.34 pada 17 Oktober.
Aset ini hanya perlukan sekitar 8.51% sebelum menyentuh semula ATH pada 8 Oktober – $2.45.
Faktor kepada peningkatan Fantom (FTM)
Boleh dikatakan sejak awal 2021, rangkaian Fantom menjadi perhatian. Pada awal tahun ini, rekod harga FTM cuma $0.017 sebelum mencatatkan lonjakan lebih 13,000% sepanjang tahun.
Rincian pergerakan memberangsangkan ini boleh dinilai seperti berikut:
- Pertengahan Ogos
- Fantom telah berintegrasi dengan Chainlink bagi mengendalikan perkhidmatan DeFi yang lebih selamat di rangkaian tersebut.
- Ketika itu harga FTM cuma $0.4.
- Awal Oktober
- Yearn Finance berintegrasi dengan Fantom bagi pelancaran ruang untuk pengguna mengunci FTM dan ganjaran staking.
Ketika penulisan FTM didagangkan pada $2.21, melonjak hampir 5% dalam 24 jam.