Selepas Facebook mengumumkan penjenamaan semula dengan nama Meta pada minggu lepas, Decentraland (MANA) mencatatkan lonjakan lebih 400% dan SAND meningkat hampir 170%.
MANA melonjak dari paras harga $0.92 pada 29 Oktober kepada rekod tertinggi sepanjang masa (ATH), $4.9 pada 31 Oktober, menjadikan lonjakan kumulatif sebanyak 437.25%.
Manakala SAND mencatatkan peningkatan dari paras terendah harian $0.91 kepada ATH. $2.45 dalam tempoh yang sama, dengan lonjakan keseluruhan $169.29%.
Pada masa yang sama, token Metaverse Index (MVI) juga meningkat 68.90% kepada $250.89.
Untuk pengetahuan, MVI merupakan token yang mengumpulkan nilai keseluruhan aset yang berkaitan dengan produk metaverse seperti SAND, MANA, dan Axie Infinity (AXS) .
Penganalisis menyifatkan pergerakan positif MANA adalah disebabkan posisinya yang mendominasi ekosistem metaverse. Malah tidak mustahil jika MANA semakin kukuh dengan tindakan Facebook yang mahu dikenali sebagai Meta.
Tetapi penganalisis daripada Messari, Mason Nystrom menyangkal hubung kait ‘metaverse’ Decentraland dan The Sandbox, dengan ‘metaverse’ yang mahu diperkenalkan oleh Facebook.
Jelasnya: “Facebook mahu mewujudkan satu ruang yang membolehkan syarikat dan rangkaiannya untuk menghasilkan keuntungan. Manakala dunia digital seperti Sandbox dan Decentraland sebaliknya membuka ruang kepada pembangun dan gamers untuk keuntungan individu. Umumnya, ada perbezaan diantara metaverse (Meta) tertutup dan (kripto) terbuka).”
Keinginan pelabur terhadap kedua-dua aset ini turut dilihat ada kaitan dengan keterujaan mereka terhadap masa depan metaverse yang banyak belum dirungkai.
Bagaimanapun, MANA dan SAND pada hari ini masing-masing mencatatkan penyusutan lebih 20% dan 16% dalam 24 jam.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.