Tempuh Era Baharu, Facebook Tukar Nama Baru ‘Meta’

2,943

Susulan daripada keputusan pada minggu lepas, Facebook akhirnya telah mengumumkan nama barunya, Meta semalam.

Meta merupakan nama baru kepada seluruh ekosistem syarikat gergasi media sosial itu, tetapi tidak memberi kesan kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Ini bermakna aplikasi Facebook, WhatsApp, Instagram, dan Oculus masih mengekalkan nama, dimiliki oleh Meta.

Era baharu Facebook (dikenali ‘Meta’) lebih memfokuskan kepada penubuhan metaverse, ruang perkongsian maya yang menggabungkan 3 subset: virtual reality (VR), augmented reality (AR), dan internet.

Sesuailah dengan harapan Facebook untuk menjadi perintis metaverse, Meta dikatakan telah memiliki lebih 10,000 staf yang memfokuskan kepada pembangunan teknologi ini.

Sebahagian daripada rancangan Meta boleh dikatakan hampir dilancarkan. Misalnya, Horizon Home – sebuah visi awal syarikat ini untuk mewujudkan ‘home base’ dalam metaverse.

Melalui Horizon Home, pengguna boleh saling berkomunikasi, bertemu, menonton video, dan bermain game, mengakses aplikasi bersama rakan atau keluarga tanpa gangguan motion sickness.

Selain daripada itu, beberapa produk yang masih diusahakan Meta termasuklah: Horizon Worlds, Horizon Workrooms, Horizon Venues, Quest for Business, dan Gravity Sketch.

Kesemuanya masih dalam pengujian beta dan dijangka dilancarkan sepenuhnya pada 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat