Mark Zuckerberg Mahu ‘Rebrand’ Facebook?

833

Desas-desus mengatakan Facebook akan dijenamakan semula dalam beberapa minggu lagi.

Keputusan yang diambil adalah susulan daripada keputusan CEO Mark Zuckerberg yang mahu lebihkan fokus platform tersebut kepada metaverse, tidak hanya sebagai laman media sosial.

Pengikut Zuckerberg sudah pasti menyedari figura ini sejak awal tertarik dengan industri kripto serta konsep metaverse.

Malah, tidak keterlaluan jika Zuckerberg juga mahu dikenali dengan perintis rekabentuk metaverse dan menjadikan Facebook sebagai pelopor metaverse.

Susulan daripada itu, Facebook dikatakan sudah memiliki 10,000 staf yang mengusahakan penciptaan peranti pengguna seperti cermin mata AR (augmented reality).

Jelas Zuckerberg, peranti tersebut berpotensi untuk menjadi satu keperluan asas dalam era Metaverse sebagaimana kehadiran telefon bimbit dalam komuniti manusia pada hari ini.

Metaverse secara ringkasnya merupakan satu ruang yang lebih maju berbanding non-fungible tokens (NFT) dalam sektor kripto. Ia disinonimkan dengan sci-fi dan disokong oleh beberapa subset: virtual reality (realiti maya), AR, dan internet.

Usaha Zuckerberg untuk melancarkan beberapa produk kripto tidah semudah yang disangka.

Terbaru, beberapa ahli senat Amerika Syarikat (AS) telah mendesak figura itu untuk menghentikan rancangan pelancaran stablecoin Diem dan wallet kripto Novi. Boleh dikatakan khabar itu terlalu malang untuk Facebook kerana gagal meluaskan pendedahan kripto kepada penggunanya.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat