I am inevitable – penulis INTRADAY.my yang berjiwa Thanos.
Trump Media & Technology Group sedang bersiap sedia untuk melancarkan aplikasi media social yang dipanggil Truth Social tahun depan ekoran larangan terhadap Donald Trump daripada Twitter dan Facebook berkenaan serangan ke atas Capitol Amerika Syarikat (AS) pada Januari.
Donald Trump mengumumkan rancangannya untuk melancarkan Truth Social awal tahun ini dengan menegakkan fahaman ‘tanpa diskriminasi atas dasar ideologi politik’.
Tambah bekas presiden itu lagi, mereka telah menjana $1 bilion yang memberi isyarat kepada Big Tech bahawa tindakan menapis dan diskriminasi politik mesti ditamatkan dan kumpulan tersebut berada dalam kedudukan yang baik bagi melawan ‘kezaliman’ Big Tech.
Trump Media & Technology Group telah bekerjasama dengan Digital World Acquisition, sebuah syarikat pemerolehan tujuan khas (Spac) atau ‘syarikat cek kosong’ dalam membangunkan projek tersebut.
Spac yang menjadi perbualan utama dalam pasaran saham AS awal tahun ini merupakan syarikat shell yang ditubuhkan dengan tujuan untuk bergabung dengan firma swasta untuk dibawanya kepada umum, namun, mereka mulai hilang kilauannya selepas beberapa syarikat yang bergabung dengan mereka gagal mencapai unjuran kewangan yang dicita-citakan.
Mengikut rekod, firma Trump menyatakan mereka telah memperoleh $1 bilion daripada ‘kumpulan pelabur institusi yang pelbagai’ tanpa mendedahkan identiti mereka pada Sabtu dan sehingga kini ia menghampiri nilai $4 bilion.
Ini menggariskan keupayaan bekas presiden itu untuk menarik sokongan kewangan yang kukuh walaupun berdepan kontroversi mengenai ketika tempoh beliau berjawatan.
Terdahulu, Trump telah diharamkan daripada aplikasi media sosial selepas serangan pada 6 Januari oleh penyokong di Capital AS di Washington DC di tengah-tengah kebimbangan presiden ketika itu akan mencetuskan keganasan lebih teruk.
Ia berlaku kerana Trump membuat dakwaan tanpa bukti mengenai penipuan yang meluas dalam pilihan raya presiden tahun lalu.
Menurut laporan Reuters, kebanyakan firma Wall Street menolak peluang untuk melabur dalam projek bekas presiden itu namun terdapat beberapa dana lindungan nilai, firma pelaburan keluarga dan individu bernilai tinggi yang menyokong.
Sebelum diharamkan, Trump mempunyai 89 juta pengikut di Twitter, 33 juta di Facebook dan 24.5 juta di Instagram.