Pertumbuhan ekonomi Australia melampaui jangkaan pada suku pertama dengan pemulihan yang lebih pesat didorong oleh perbelanjaan isi rumah dan pelaburan perniagaan yang meningkat.
Biro Statistik Australia melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 1.8% pada suku pertama tahun ini. Pasaran sebelum ini menjangkakan pertumbuhan sebanyak 1.5% susulan kenaikan 3.2% dari bacaan yang disemak semula pada suku terakhir 2020.
Ini adalah pertumbuhan ketiga bulan berturut-turut dalam ekonomi, di tengah rangsangan monetari dan fiskal yang berterusan.
Susulan pembacaan yang memberangsangkan ini, dagangan dolar Aussie meraih sokongan untuk didagangkan meningkat pada sesi Asia.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-kesan-gdp-aud-11am-2-6?utm_source=clipboard&utm_campaign=wtshare&utm_medium=widget&utm_content=https%253A%252F%252Fsoundcloud.com%252Fintradaydotmy%252Fsis-fx-kesan-gdp-aud-11am-2-6
Pelabur sebelum ini telah dikecewakan oleh keputusan Reserve Bank of Australia yang tidak membuat perubahan pada pendirian polisinya dalam mesyuarat sesi Jun, walaupun terdapat khabar angin yang meluas bahawa ia mungkin mengikuti Bank of Canada dan Reserve Bank of New Zealand untuk lebih hawkish.
RBA tetap yakin untuk mengekalkan kadar faedah pada 0.10% sehingga sasaran pekerjaan penuh dan inflasi yang berterusan dapat dicapai.
Gabenor RBA Philip Lowe mengingatkan orang ramai bahawa masih terdapat banyak ketidakpastian di seluruh negara mengenai kemungkinan penularan wabak varian coronavirus yang baru.
Victoria, negeri kedua dengan populasi terbesar Australia, kembali di bawah pelaksanaan sekatan yang lebih ketat setelah beberapa kes Covid-19 dikesan sejak beberapa hari kebelakangan ini.