Pada hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan laporan mengenai perkembangan ekonomi Malaysia, dimana dilaporkan ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada suku kedua tahun ini sebanyak 16.1%.
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berkata, prestasi ekonomi disokong terutamanya oleh permintaan dalam negeri yang bertambah baik dan prestasi eksport yang terus kukuh. Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut memaklumkan hal senada yang mengatakan ekonomi terus berada dalam fasa pemulihan.
Pertumbuhan suku kedua ini dicapai selepas penguncupan kecil pada kadar 0.5% yang dicatatkan semasa suku pertama. Bagi separuh tahun 2021, KDNK Malaysia meningkat sebanyak 7.1% berbanding penurunan pada tempoh yang sama bagi tahun 2020 yang menguncup 8.4%.
Disisi lain, ketua ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat KDNK suku kedua 2021 ini masih di bawah paras suku kedua 2019. Jika dibanding suku kedua 2019, KDNK masih catat penguncupan 3.9%.
Justeru Afzanizam menyatakan untuk pemulihan ekonomi yang berterusan maka pembukan semula ekonomi harus disegerakan. Dalam masa yang sama ia juga bergantung pada program vaksinasi.
Tamsilnya harus di ketahui perkembangan ekonomi 16.1% adalah berdasarkan kiraan KDNK dari tahun ke tahun. Perkembangan ekonomi ini juga adalah selepas penguncupan pada suku kedua 2020 iaitu sebanyak 17.1%
Dalam masa yang sama, Bank Negara Malaysia telah menurunkan unjuran KDNK Malaysia kepada julat 3% – 4% daripada julata 6%-7%.Namun bank pusat mengatakan pemulihan itu diperkirakan akan meningkat lebih cepat pada tahun 2022 , dibantu oleh normalisasi aktiviti ekonomi secara beransur-ansur dan limpahan positif dari pertumbuhan permintaan luaran yang berterusan.