Setelah untuk sekian waktu Elon Musk berehat sebentar dari memuat naik komen di Twitter mengenai kripto, Musk pada hari ini kembali memuat naik kata-kata berunsur jenaka dalam posting terbaru. Walaupun tweet kali ini ada menyebut “Doge” namun kripto itu gagal memberi reaksi seperti yang diharapkan.
Selain dari pandangannya mengenai bitcoin, CEO Tesla ini telah menunjukkan sokongannya terhadap Dogecoin sebelum ini. Sehinggakan ia mencetus satu fenomena ‘meme coin’ dan berjaya mendorong kenaikan harga kepada $0.74 bagi satu doge dan bahkan menjadi kripto keempat terbesar dari segi modal pasaran.
Walaubagaimanapun, pembetulan pasaran dan minat terhadap kripto itu yang semakin kendur menyebabkan harga DOGE telah jatuh 67% dari paras ATH yang dicatat pada bulan April lalu.
Segelintir para pelabur yang terdesak terus melancarkan tekanan terhadap Musk agar menyatakan sokongan kembali terhadap DOGE secara terbuka dengan harapan harga Dogecoin dapat bangkit kembali.
Musk hari ini kembali dengan posting terbaru yang menyebut Baby Doge, doo,doo,doo,doo.
Baby Doge, doo, doo, doo, doo, doo,
Baby Doge, doo, doo, doo, doo, doo,
Baby Doge, doo, doo, doo, doo, doo,
Baby Doge— Elon Musk (@elonmusk) July 1, 2021
Ini ditafsirkan oleh pasaran yang merujuk kepada kripto Baby Doge coin. Selepas tweet kedua, harga Baby Doge Coin meningkat hampir 90% dalam beberapa minit. Setakat ini, koin ini diperdagangkan pada $ 0,000000001937, yang bermaksud kenaikan mingguan lebih dari 700%.
Selepas lonjakan harga babydoge hanya kurang 5% daripada harga tertinggi sepanjang masa.