Pantang anak lelaki dicabar!
Elon Musk menawarkan untuk menjual lagi saham Tesla miliknya selepas seorang Senator Amerika Syarikat (AS) menuntut para jutawan untuk membayar cukai mereka ‘secara adil’.
Terbaharu, ahli Senator AS Bernie Sanders dalam laman Twitter peribadinya telah menyuarakan pandangan dengan meminta para jutawan yang terlampau kaya untuk membayar cukai mereka dalam kadar yang adil.
Ciapan tersebut dikeluarkan oleh beliau ekoran usaha Washington untuk mengenakan cukai kepada golongan jutawan bagi membiayai pakej rangsangan Presiden Joe Biden dan menutup kelemahan yang membolehkan mereka menangguhkan cukai keuntungan modal selama-lamanya.
Musk telah memberikan respon sinis terhadap ciapan tersebut dengan mengatakan beliau sering terlupa Sanders masih hidup.
Terdahulu, Musk telah menjual sejumlah saham bernilai US$6.9 bilion pada 12 November yang lalu selepas beliau mengortakan janjinya untuk menjual 10% saham Tesla hasil persetujuan daripada undian yang telah dilakukan di Twitter.
Saham Tesla sedikit merundum selepas Musk menjual saham pegangannya seperti yang dilaporkan pada Jumaat.
Pertelagahan diantara Musk dan Sanders tercetus apabila Musk menulis dalam laman Twitter peribadinya yang secara terus menyebut nama Sander dengan nada sinis bertanya jika Sanders mahu dia menjual lebih banyak pegangan sahamnya, Sanders hanya perlu katakan sahaja.