Apa yang sudah jadi kepada matawang USD?
Meskipun hasil perbendaharaan 1o tahun Amerika Syarikat (AS) mencatat peningkatan, ia dilihat masih gagal untuk memacu raja matawang itu kembali kukuh.
Hal itu telah didorong oleh laporan Reuters yang menunjukkan majoriti pakar ekonomi berpendapat bahawa Federal Reserve (Fed) bakal melengahkan pengetatan dasar polisi sehingga tahun 2023.
Aspek tersebut secara tidak langsung memberi bayangan yang menyangkal dakwaan Fed pada sebelum ini yang ingin melaksanakan pengurangan pembelian bon (tapering) seawal November.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-layu-semula-10am
Jika dilihat kepada carta harga pasangan matawang EUR/USD, pergerakan harga akhirnya telah berjaya menembusi paras rintangan 1.16000 dengan jayanya dan mencapai paras tertinggi terbaharu 2 minggu.
Harga juga dilihat telah menghasilkan lonjakan melebihi 90 pips setakat dagangan minggu ini sebelum sedikit susut pada sesi New York semalam (Selasa) yang berkemungkinan membuat HL (higher low).
Pergerakan harga terus mencatat kenaikan pada sesi Asia hari ini (Selasa) dan kekal didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam untuk isyarat bullish yang lebih jelas.
Kenaikan seterusnya dijangkakan akan kembali menuju ke zon SBR (support become resistance) 1.17000 setelah harga pamer aksi junaman di bawah paras berkenaan pada penghujung dagangan September.
Kebarangkalian pergerakan yang lebih agresif bagi mengekalkan corak uptrend akan menyaksikan harga pada carta EUR/USD untuk menokok ke zon rintangan yang menjadi tumpuan pelabur untuk diuji pada 1.18000.
Namun jika USD memberi kejutan untuk mengukuh semula, kemungkinan yang besar bakal melihat pergerakan harga kembali menguji paras rintangan 1.16000 yang sukar ditembusi pada sebelum ini.
Zon sokongan 1.15300-1.15000 masih lagi kekal menjadi paras tumpuan untuk dicecah andai kata harga terus mencatatkan penurunan yang lebih rendah.
Lihat gambar carta harga pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG