Google dan Facebook mengumumkan penyertaan dalam pembangunan sistem kabel bawah laut baharu yang akan dilaksanakan pada tahun 2024.
Pembangunan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan jaringan internet di rantau Asia Pasifik yang dikenali sebagai Apricot.
Projek infrastruktur Apricot juga akan menghubungkan Jepun, Singapura, Taiwan, Guam, Filipina dan Indonesia dan membantu dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi akses jalur lebar serta sambungan tanpa wayar 5G.
Pada Mac, syarikat itu mengumumkan dua kabel bawah laut transpacific baharu yang akan menghubungkan Singapura ke pantai barat AS, Bifrost dan Echo.
Untuk pengetahuan, kabel Echo dan Apricot merupakan sistem kapal selam pelengkap yang bakal meningkatkan daya tahan Google Cloud dan perkhidmatan digital syarikat lain.
Menurut Facebook, pautan gentian baharu yang merangkumi Asia Pasifik mempunyai kapasiti reka bentuk awal lebih dari 190 terabit sesaat.
Manakala Google pada tahun lalu telah mengumumkan rancangan perbelanjaan sebanyak $10 bilion bagi membantu pendigitan India dalam 5 hingga 7 tahun akan datang.
Selain itu, kedua-dua syarikat gergasi Silicon Valley telah membuat pelaburan bagi membangunkan infrastruktur internet di wilayah yang dilihat mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi.