Pada hari ini komuniti kripto dikejutkan dengan satu sentimen positif dimana undang-undang baru di Jerman secara teorinya akan membenarkan sebanyak $415 bilion pelaburan ke dalam kripto yang berkuatkuasa pada hari Khamis.
Akta Pengumpulan Dana Jerman yang diperkenalkan pada bulan April bakal diluluskan oleh parlimen tidak lama lagi. Ini akan membenarkan Spezialfonds, atau dana khas membuat pelaburan sebanyak 20% daripada portfolio mereka ke dalam kripto.
Berdasarkan kenyataan terkini, undang-undang ini akan berkuatkuasa pada hari ini. Jika setiap Spezialfond memilih untuk memperuntukkan 20% untuk melabur dalam kripto maka kita akan melihat € 350 bilion ($ 415 bilion), berdasarkan jumlah aset yang dikendalikan dana tersebut di Jerman akan mengalir dalam pasaran kripto.
Angka ini dimaklumkan oleh Sven Hildebrandt, Ketua Pegawai Eksekutif Distributed Ledger Consulting, dan dikutip dalam laporan oleh akhbar kewangan Boersen Zeitung pada bulan April.
Spezialfonds adalah pelaburan institusi yang dominan di Jerman. Peruntukan ini dijangka akan memberi implikasi yang besar dalam pasaran kripto, ditambah pula Jerman merupakan ekonomi yang besar.