Seperti yang dilaporkan Bro Trader menerusi Sembang Intraday, lambakan koin anjing benar-benar mencuri perhatian, bermula dengan Dogecoin (DOGE) kemudian Shiba Inu (SHIB).
Dextools mendedahkan, sebanyak 9 daripada top 10 pasangan matawang yang menjadi kegilaan di Uniswap adalah token-token anjing.
Kegilaan ini nampaknya turut mendapat perhatian Yearn Finance (YFI) apabila dikhabarkan dengan pelancaran token WOOFY.
Ia bermula dengan komuniti Yearn yang memberi hint token WUFFY melalui tweet berserta gambar mereka dijilat anjing dan tag pembangun Yearn ‘Banteg’.
Pada masa yang sama, pelabur berlumba-lumba membeli token tersebut walaupun tidak tahu fungsi sebenarnya dan objektif ia diwujudkan.
Untuk pengetahuan, WOOFY menawarkan penggubahan semula pegangan YFI, manakala Woofy Finance menawarkan penukaran dua hala untuk YFI ke WOOFY pada nisbah 1:1 juta.
Keterujaan mendapatkan WOOFY yang meningkat menyebabkan harganya juga meningkat sehingga membawa harga YFI bernilai $1.5 juta per unit.
Ketika penulisan, YFI didagangkan pada $88,206, meningkat lebih 52% dalam 24 jam.
Baik WOOFY atau YFI, pilihan pelabur terhadap salah satu token tidak akan memberi impak kepada keseluruhan nilai pasaran Yearn.
Malah, pengenalan WOOFY berpotensi untuk mengurangkan ketidaktentuan harga YFI dengan mewujudkan pembelian WOOFY dan YFI secara serentak.