Selepas Afrika Selatan mengumumkan varian baharu COVID-19 “Omicron” semalam, matawang kripto desentralisasi protokol Omicron (OMIC) mencatatkan lonjakan sehingga 900%!
Pada pagi tadi sekitar jam 9, OMIC telah mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $688 dari paras terendah harian, $65 pada Sabtu.
Pergerakan mendadak ini membawa lonjakan kumulatif sebanyak 945%.
Sebagai rekod, World Health Organization (WHO) menamakan varian terbaru, B.1.1.529 dengan sebutan ‘Omicron’ berdasarkan huruf ke-15 dalam abjad Yunani.
Lonjakan harga OMIC mengundang perhatian pengkritik kripto yang dikenali sebagai Mr. Whale. Figura itu menyifatkan insiden adalah isyarat ‘crypto bubble’:
https://twitter.com/CryptoWhale/status/1464987772490600449
Ringkasan Omicron (OMIC)
- Merupakan token natif bagi rangkaian Omicron yang beroperasi di rangkaian lapisan-2 Ethereum, Arbitrum.
- Boleh didapati menerusi SushiSwap.
- Nilai pasarannya tidak dijelaskan, malah tiada maklumat lanjut berkaitan protokol ini.
- Rekod terendah sepanjang masa (ATL), $48.36 pada 19 November 2021.11.
- Rekod jumlah dagangannya di SushiSwap mencecah $501,186 bagi tempoh 24 jam.
Pergerakan aset ini nampaknya bergantung besar kepada spekulatif. Pelabur diminta berhati-hati untuk tidak membuat keputusan yang terburu-buru.
Pastikan #DYOR.