Terma Yang Semua Trader Perlu Tahu Dalam Dunia Kripto #2

1,360

Dah baca ke belum artikel terma yang semua trader perlu tahu dalam dunia kripto #1 yang dimuatnaik sebelum ini?

Apa-apa pun, jom sambung sesi pembelajaran kripto bersama team Intraday!

1. ATH (ALL-TIME HIGH)

All-time high bermaksud rekod harga tertinggi yang dicapai sesuatu aset itu. Misalnya Bitcoin (BTC) pada 2017 ketika bull market berjaya mencatat rekod tertinggi iaitu $19,798.

Kebiasaannya ketika aset mencapai ATH, pelabur menjual aset pada harga yang tinggi dan ini juga bermaksud semua pemegang aset tersebut membuat untung tidak kira mereka membeli pada harga berapa sekalipun.

Jika aset memecah harga ATH, harga aset tersebut berkeupayaan untuk terus melonjak tanpa sebarang rintangan lagi.

2. ATL (ALL-TIME LOW)

Maksud all-time low bertentangan dengan ATH, seperti aset Ripple (XRP) yang mencatat rekod terendah bernilai $0.0027 pada Mei 2014 selama 6 tahun.

Pelabur tidak akan mengambil risiko pelaburan terhadap aset yang tidak menunjukkan pergerakan menaik, memandangkan tidak mustahil jika pelabur akan terperangkap dengan penyusutan yang lebih rendah.

3. DYOR (DO YOUR OWN RESEARCH)

Dalam pelaburan, anda WAJIB dan HARUS membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan, bukannya bergantung kepada orang lain.

Mungkin akan berlaku perselisihan pendapatan mengenai bullish atau bearish sesuatu aset tetapi itu perkara biasa dalam pelaburan dan perniagaan.

4. DD (DUE DILIGENCE)

Sama seperti DYOR, ia merujuk kepada rasional pelabur atau perniagaan untuk menyelidik dan meneliti sebelum membuat persetujuan bersama pihak lain.

Sedia maklum, dalam membuat sebarang perjanjian, tindakan rasional dituntut untuk mengelakkan sebarang risiko yang mana mungkin disebabkan tindakan yang terburu-buru.

5. AML (ANTI MONEY LAUNDERING)

Ia merujuk kepada beberapa undang-undang, peraturan atau prosedur yang menghalang penjenayah menyeleweng wang sebagai pendapatan sah mereka.

Untuk aspek ini, institusi kewangan seperti bank perlu memantau kesemua transaksi pelanggan mereka dan melaporkan sebarang aktiviti luar biasa untuk mengelakkan sebarang jenayah berlaku.

6. KYC (KNOW YOUR CUSTOMER)

Atau dikenali sebagai Know Your Client merupakan garis panduan yang perlu dipatuhi setiap institusi untuk mengesahkan identiti pelanggan mereka. Ciri ini memainkan peranan utama untuk mengelakkan dari jenayah penggubahan wang haram.

Sebab itulah kalau anda mendaftar di mana-mana platfrom pertukaran kripto secara atas talian, pihak mereka meminta untuk mengambil gambar depan dan belakang kad pengenalan atau lesen, termasuk selfie untuk memastikan kesahihan pemilik akaun.

Jelas tak dengan penerangan kali ini?

Pesanan mesra team Intraday, pastikan DYOR ketika membuat pelaburan dan jangan FOMO ketika aset mencapai ATH. Lebih baik jika anda HODLing dan kekalkan momentum dengan BUIDL sebelum mengaut ROI.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat