Dagangan emas bermula suram pada awal minggu dengan terus mencatatkan penyusutan pada awal sesi Eropah, ketika kekuatan US dolar melemahkan pegangan terhadap logam berharga itu bagi pemegang matawang utama lain.
Memasuki sesi Eropah, emas susut di sekitar harga $1,806 per auns, manakala niaga hadapan emas pula didagangkan lebih rendah 0.4% pada $1,807 per auns.
Walaupun hasil perbendaharaan AS 10 tahun merosot rendah ke bawah tahap 1.3%, namun, harga emas gagal memanfaatkan peluang tersebut untuk meningkat disebabkan US dolar yang kuat.
US dolar terus mengukuhkan kedudukan di paras ketinggian 3 bulan berbanding kebanyakan matawang utama, selepas meraih sokongan daripada pembacaan data jualan runcit AS yang memberangsangkan.
Jualan runcit AS dilaporkan kembali mencatat pertumbuhan pada bulan Jun dengan kenaikan sebanyak 0.6% daripada penguncupan 1.7% yang disemak semula pada Mei, dan jauh melebihi jangkaan pasaran untuk penurunan 0.4%.
Dalam pada itu, kebimbangan pasaran terhadap penularan wabak coronavirus di seluruh dunia yang semakin meningkat turut membantu pengukuhan dolar greenback sebagai safe-haven.
Bagaimanapun, tekanan terhadap kenaikan inflasi masih ada, menyebabkan dagangan emas masih bertahan di atas paras harga $1,800 per auns.