Penyusutan US dolar sehingga ke penghujung minggu telah berjaya mendorong kenaikan harga lebih tinggi pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Khamis semalam.
Walaupun begitu, pelabur Pound berkemungkinan akan berwaspada menjangkakan tekanan buat mata wang Britain itu susulan laporan kenaikan cukai yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri UK, Boris Johnson.
Situasi ini berkemungkinan boleh mencetuskan pergolakan dalam ekonomi apabila PM Johnson akan dilihat memungkiri janjinya seperti yang dibentangkan dalam manifesto kempen pilihan rayanya sebelum ini jika langkah tersebut dilaksanakan.
Namun ketika tumpuan yang terarah kepada laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada malam ini, US dolar terus bergerak susut menyokong kenaikan harga lebih tinggi pada carta GBP/USD.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-terus-lemah-10am
Kenaikan harga akhirnya telah berjaya menembusi rintangan 1.38000 pada zon SBR (support become resistance) dan mencatatkan paras tertinggi terbaru 2 minggu.
Selepas menutup dagangan sesi New York sekitar ketinggian 1.38400, harga dijangka untuk meneruskan kenaikan menuju pula ke paras rintangan tumpuan terbaru pada 1.39000.
Menyentuh paras penting tersebut akan mencatatkan paras tertinggi terbaru harga untuk tempoh dagangan 4 minggu.
Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula, paras 1.38000 akan menjadi paras sokongan buat harga membentuk zon RBS (resistance become support) terbaru pada carta harga.
Penurunan lebih rendah semula dari zon tersebut akan kembali memberi isyarat bearish dan harga boleh susut semula ke zon support 1.37000.
Penurunan yang terus diteruskan dijangka akan menuju pula ke zon support utama yang turut diuji pada dagangan Ogos lalu iaitu pada 1.36000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG