Berbeza berbanding mata wang utama lain yang lebih mendatar, Pound Sterling pamerkan penurunan yang jelas pada nilai dagangannya minggu lalu susulan mesyuarat polisi bank pusat England.
Bank of England (BOE) menyampaikan kenyataan bernada dovish terhadap dasar monetari mereka selepas kadar faedah diumumkan kekal di paras terendah pada 0.10%.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-forex-tak-menentu
Walaupun US dolar memaparkan pergerakan mendatar, namun Pound lebih jelas menunjukkan penurunan seperti yang dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD.
Harga telah menunjukkan corak penurunan sehingga penghujung minggu lalu selepas kenaikan pada mulanya berjaya mencapai paras rintangan pada 1.4000.
Namun, harga mula berikan isyarat untuk trend bearish selepas harga yang susut dari paras 1.4000 bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta GBP/USD.
Selepas bergerak mendatar di sekitar paras 1.39000, harga menutup dagangan minggu lalu sedikit rendah di bawah paras tersebut sebelum dagangan bersambung pada awal minggu ini di sekitar kawasan harga yang sama.
Dengan corak penurunan yang dijangka akan diteruskan, harga dilihat akan menyambung penurunan pada minggu ini menuju ke zon support pada 1.38000.
Jika harga berjaya turun menembusi zon support tersebut, sasaran untuk penurunan lebih rendah dilihat pada sekitar paras 1.37000.
Sebaliknya jika harga membuat kenaikan di atas paras 1.39000 dan melepasi halangan MA50, pelabur akan berwaspada untuk isyarat trend bullish semula.
Kenaikan harga akan menguji dahulu paras rintangan pada 1.4000 sebelum memberikan isyarat arah pergerakan harga yang selanjutnya.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI