Pound berjaya tampilkan prestasi lebih baik berbanding US dolar menghampiri penghujung 2021 dengan terus mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi semalam.
Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat telah meningkat sehingga ke paras 1.35000 pada sesi New York semalam untuk mengekalkan corak pergerakan bullish harga.
US dolar yang dilihat mendapat momentum awal untuk mengukuh pada hari sebelumnya kembali kecundang semula semalam dengan mengalami penyusutan nilai lebih ketara pada sesi New York semalam.
Pound pula menerima suntikan positif daripada laporan Brexit apabila perkembangan baik dalam isu perairan antara UK dan Eropah minggu ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-lemah-semula#t=0:00
Kenaikan harga yang dipamerkan tersebut telah mencatatkan paras tertinggi terbaru lagi untuk tempoh 6 minggu.
Jika diperhatikan pergerakan harga untuk tempoh lebih panjang, harga telah meneruskan kenaikan untuk minggu kedua selepas berjaya membuat kenaikan semula dari zon support utama 1.32000 sebelum ini.
Kenaikan yang diteruskan dijangka akan menuju pula ke paras 1.35700 untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru 7 minggu pula.
Pelabur masih boleh menjangkakan pergerakan harga kekal berada dalam trend bullish sekiranya harga tetap bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Harga yang kembali menjunam semula di bawah paras MA50 tersebut akan memberi isyarat awal untuk penurunan yang lebih rendah.
Penurunan harga akan menguji paras 1.34000 yang dilihat sebagai paras sokongan terhampir harga sebelum penurunan yang diteruskan ke paras sekitar 1.33600 menjadi zon RBS (resistance become support) terbaru.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG