Mengkaji kepada carta pergerakan harga GBP/USD, harga tampaknya mendaki di penutup dagangan minggu lalu (Jumaat) untuk menuju semula ke zon SBR (support become resistance) pada 1.34000.
Momentum harga juga dilihat telah menembusi paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dalam memberi petunjuk awal kepada perubahan trend untuk kembali bullish.
Namun, penganalisis menjangkakan bahawa pergerakan harga perlulah menguji trendline resistance terlebih dahulu sama ada harga hanya mampu membuat LH (lower high) atau terus mengatasinya.
Yakni yang mana matawang Pound telah peroleh khabar gembira daripada perbincangan mengenai Brexit di antara Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Maros Sefcovic dan Menteri Brexit, Lord Frost.
Akan tetapi pasangan matawang ‘cable’ tersebut tidak berdaya untuk kekal melonjak susulan Pound masih menerima tamparan daripada langkah Bank of England (BOE) yang mengekalkan kadar faedah.
Menjadi fokus pelabur seterusnya adalah kepada penerbitan data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) bagi matawang USD dan data indeks harga pengguna bagi Pound yang akan dikeluarkan minggu ini.
Andai kata pergerakan harga kekal bergaya dalam merekodkan lonjakan, trendline resistance sudah semestinya akan menjadi tumpuan utama sebelum jangkaan harga akan mencapai zon SBR 1.35000.
Trend bullish akan berjaya diperlihatkan dengan jelas sekiranya harga berupaya untuk menggapai ke zon SBR 1.36000 setelah zon tersebut telah menendang harga untuk menjunam pada minggu lalu.
Sebaliknya jika momentum tekanan masih diperoleh pada carta harga GBP/USD, zon SBR 1.34000 dijangka akan sekali lagi ditembusi untuk mencecah semula paras terendah 2021 sekitar 1.33600.
Penurunan yang lebih rendah juga bakal menyaksikan pergerakan harga terus mengekalkan trend penurunan 4 minggu berturut-turut.
Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG