Sudah menepati jangkaan para penganalisis, Pound Sterling terus mengalami susut nilai susulan pengumuman lanjutan sekatan pergerakan di UK sehingga 19 Julai disebabkan kebimbangan penularan varian Covid-19 Delta yang menjejaskan rancangan pembukaan ekonomi.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-pening-16-6-10am
Seperti yang diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam, harga telah membuat penurunan lebih rendah melepasi paras sokongan minggu lalu.
Walaupun pergerakan US dolar dilihat masih tidak stabil sementara pelabur nantikan keputusan mesyuarat FOMC, kelemahan Pound menjadi faktor mendorong harga turun lebih rendah.
Trend bearish harga lebih jelas dilihat apabila harga terus bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.
Setelah mencecah paras terendah harian semalam sekitar 1.40340, penurunan lebih rendah akan dijangkakan menuju paras sokongan 1.4000 yang berada pada zon RBS (resistance becomes support).
Paras ini juga telah berjaya menyokong kenaikan harga ketika penurunan pada dagangan Mei lalu.
Namun jika zon tersebut berjaya ditembusi, harga yang meneruskan penurunan akan menuju ke paras tumpuan seterusnya sekitar 1.39200.
Sekiranya harga berjaya melonjak semula di atas paras 1.41000 dan melepasi halangan MA50, penganalisis menjangkakan kenaikan harga akan menuju semula ke zon rintangan 1.42000 yang menjadi tumpuan sebelum ini.
Melepasi zon tersebut akan melihatkan harga mencatatkan paras ketinggian terbaru ke paras sasaran 1.43000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI