Walaupun sentimen berisiko, Pound Sterling kekal ‘steady’ untuk meningkat pada dagangan awal minggu berikutan UK menghampiri tempoh pembukaan semula ekonominya.
Walaupun masih dihantui kebimbangan penularan Covid-19, Perdana Menteri Boris Johnson dijangka akan mengesahkan rancangan untuk menamatkan sekatan pergerakan di England pada 19 Julai ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-bergelora-9am-13
Pound dilihat berjaya bergerak stabil berbanding US dolar jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang GBP/USD selepas lonjakan bertenaga pada penutup dagangan minggu lalu.
Kenaikan harga walau bagaimanpun dihalang pada zon SBR (support become resistance) 1.39000-1.39200 pada dagangan awal minggu semalam.
Sesi Eropah semalam menyaksikan penurunan harga ke paras 1.38400 ketika US dolar pamerkan pengukuhan. Namun, penyusutan semula US dolar mendorong kenaikan semula harga ke paras 1.39000.
Zon tersebut menjadi tumpuan harga sehingga dagangan bersambung pada sesi Asia pagi Selasa dengan pergerakan harga yang lebih perlahan.
Pergerakan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD turut memberi isyarat untuk trend bullish harga.
Pelabur menantikan sama ada harga mampu melepasi zon SBR 1.39000-1.39200 tersebut untuk memberikan arah pergerakan harga yang lebih jelas dengan sasaran terbaru adalah menuju zon 1.40000.
Sebaliknya jika zon tersebut kekal menghalang kenaikan haga seperti minggu-minggu sebelum ini, harga berkemungkinan akan susut semula di bawah paras 1.38000.
Penurunan lebih rendah dilihat akan menguji paras sokongan minggu lalu sekitar 1.37400 sebelum menuju ke zon support 1.37000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI