Dagangan minyak mentah bercampur-campur pada hari Jumaat ketika rancangan pemotongan pengeluaran Arab Saudi dan bekalan minyak Amerika Syarikat yang rendah membantu mengatasi risiko permintaan bahan bakar yang perlahan.
Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat susut 7 sen pada $52.27 setong, setelah jatuh 1.0% pada sesi dagangan sebelum ini.
Sementara penanda aras minyak mentah Brent pula menokok 13 sen kepada $55.23 setong, setelah turun 0.5% pada hari Khamis.
Jangkaan pemotongan bekalan telah menyokong pasaran, di mana Arab Saudi akan mula mengurangkan pengeluaran minyak mentah sebanyak 1 juta tong sehari pada bulan Februari dan Mac.
Selain itu, kepatuhan negara-negara anggota OPEC dan sekutunya, OPEC+ terhadap pengurangan pengeluaran juga dilaporkan telah meningkat pada bulan Januari.
Penurunan 9.9 juta tong dalam inventori minyak AS minggu lalu oleh Pentadbiran Maklumat tenaga (EIA), dan ramalan untuk pengurangan kecil dalam pengeluaran minyak AS pada bulan Februari juga membantu menyokong pasaran.
Namun, pada masa yang sama, kelewatan dalam pengedaran vaksin Covid-19 dan sekatan coronavirus di Eropah masih lagi mempengaruhi dagangan minyak mentah.