Harga minyak mentah terus mengalami penurunan pada Khamis, meneruskan kerugian yang dipaparkan sebelum ini ekoran lonjakan pada inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) seperti yang dilaporkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).
Peningkatan inventori berlaku selepas kadar pengeluaran AS kembali semula ke paras sebelum Taufan Ida melanda beberapa bulan lalu. Output meningkat kepada 11.1 juta tong sehari pada minggu lalu.
Kejatuhan harga minyak turut mendorong penyusutan dolar Kanada berikutan minyak mentah merupakan eskport utama Kanada.
Pada carta harga pasangan mata wang USD/CAD, harga telah kembali pamerkan kenaikan untuk hari kedua semalam selepas perubahan dari trend bearish sebelum ini.
Selepas penurunan yang dipaparkan sejak minggu lalu bersambung pada awal minggu ini susut ke zon support 1.26000, harga telah pamerkan lonjakan semula pada Selasa lalu.
Memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish, harga telah bergerak melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan menguji rintangan awal pada 1.27000.
Kenaikan diteruskan semalam ke paras ketinggian 1.277000 namun gagal melepasi zon rintangan tersebut sebelum paparkan penurunan pada dagangan hari ini (Khamis) sejak awal sesi Asia sehingga ke sesi Eropah.
Dengan corak kenaikan yang dipaparkan, berkemungkinan zon 1.27000 dan juga MA50 akan kembali menyokong semula kenaikan harga dan menguji semula zon resistance 1.27700-1.28000.
Dan jika trend bullish harga terus dikekalkan, harga akan meneruskan kenaikan lebih tinggi menembusi zon resistance tersebut dan boleh mencecah sehingga ke paras ketinggian 1.29500.
Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula, zon support 1.26000 akan kembali diuji untuk pelabur mendapatkan petunjuk pergerakan harga selanjutnya.
Penurunan lebih rendah di bawah zon support tersebut dilihat akan menguji paras-paras tumpuan sebelum ini seperti 1.25500 dan seterusnya 1.25000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG