Harga minyak mentah terus didagangkan rendah walaupun memaparkan sedikit kenaikan pada sesi Asia, di tengah ketidakpastian pasaran terhadap prospek permintaan bahan bakar yang mungkin terjejas akibat pelaksanaan langkah sekatan coronavirus.
Niaga hadapan minyak mentah Brent stabil pada harga $69.25 setong, selepas susut 0.7% pada hari Selasa. Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula sedikit meningkat pada $66.56 setong, kembali stabil setelah jatuh 1% pad sesi sebelumnya.
Ketidakpastian mengenai prospek permintaan bahan bakar global kembali membelenggu pasaran, lebih-lebih lagi setelah New Zealand mengumumkan langkah penutupan lebih ketat di seluruh negara pada Selasa.
Tujuh lagi kes Covid-19 telah dikesan dalam komuniti pada hari ini di negara itu, yang mana ia dilaporkan sebagai varian Delta. Ini menyebabkan pasaran bimbang terhadap kemungkinan sekatan akan dilanjutkan sekiranya kes jangkitan terus meningkat.
Sementara itu di China, pemprosesan minyak mentah setiap hari dilaporkan jatuh ke paras terendah sejak Mei 2020, pada bulan Julai kerana kilang penyulingan bebas mengurangkan pengeluarran berikutan kuota uang lebh ketat, inventori yang tinggi dan keuntungan yang lemah.
Dalam pada itu, nilai US dolar yang lebih kukuh juga mempengaruhi dagangan komoditi hitam itu, yang menjadikan harga minyak lebih mahal bagi pemegang matawang utama lain.