Jihan Wu yang merupakan pengasas dan bekas CEO syarikat perlombongan kripto Bitmain, percaya peraturan diperlukan untuk industri kripto. Faktanya, ia boleh memberi manfaat kripto kerana dapat menghindari daripada kegiatan penipuan dan ‘scammers’.
Perbahasan mengenai mplimentasi undang-undang dalam pasaran kripto bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah dibahaskan secara meluas beberapa tahun lalu seiring dengan lonjakan harga BTC ke paras tertinggi. Para pemain global telah cuba menggariskan beberapa perkara namun masih gagal untuk melaksanakanya.
Jihan Wu adalah antara mereka yang percaya bahawa pasaran benar-benar dapat berkembang walaupun peraturan kripto telah mula dilaksanakan. Beliau secara peribadi menyifatkan perlaksanaan tersebut sebagai suatu yang ‘sihat’ kerana dapat membantu dari pengubahan wang haram dan penjenayah.
Wu juga menggariskan bahawa lebih dari 10% warganegara Amerika Syarikat telah terlibat dengan kripto. Penerapan peraturan ini hanya akan berhasil jika pihak berkuasa mampu membuatkannya lebih selamat untuk para pelabur.
Disisi yang berbeza, Caitlin Long, pengasas, dan CEO Avanti juga tampil beri ulasan mengenai implimentasi peraturan kripto. Menurut belia, peraturan dari pihak berkuasa tidak akan mempengerauhi kripto secara langsung.
Namun beliau percaya isu sebenarnya akan muncul pada perantara. Beliau beri amaran bahawa bank masih boleh meminta dari Federal Reserve untuk “menyekat akses bagi sesiapa yang tidak sependapat”. Kes ini pernah berlaku pada tahun-tahun sebelum ini.