Pada minggu lalu, Bybit mendedahkan bahawa pihak mereka mengambil keputusan untuk menjalin kerjasama dengan kumpulan E-Sukan Ukraine,Natus Vincere (NAVI). Secara tidak langsung ini membawa indikasi bahawa kripto mula menempah nama dalam industri e-sukan.
Ternyata langkah tersebut tidak berhenti disitu, Bybit sekali lagi membuat pengumuman yang mengukuhkan kedudukan mereka dalam e-sukan dengan perjanjian kerjasama tiga tahun dengan organisasi e-sukan Astralis bagi tujuan memperluaskan rangkaian kripto ke dalam industri e-sukan.
Pengumuman rasmi menyatakan bahawa logo Bybit akan dipaparkan di bahagian jersi Astralis dan juga di media sosial seperti twitch.tv. Difahamkan bahawa kerjasama ini bertujuan untuk mengeratkan hubunngan komuniti kripto dengan komuni e-sukan.
Ben Zhou, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Bybit, mengatakan bahawa industri kripto dan industri e-sukan catat prestasi yang senada, dimana kedua-duanya sedang bertumbuh dengan pesat.
Dalam masa yang sama dilaporkan, Bybit juga akan aktif mengambil bahagian dalam penyertaan pemain,pendidikan kewangan dan aktiviti publik dalam beberapa tahun akan datang.
Sementara itu, pengasas bersama dan CRO Astralis Jakob Lund Kristensen mendedahkan bahawa kerjasama ini adalah kerjasama yang penting tanpa mengira jumlah dana atau jenama. Kedua-dua pihak memiliki tujuan yang sama itu menyemarakkan semangat e-sukan dan kewangan digital.
Langkah ini dilihat sebagai langkah yang postif dan mampu mendorong industri kripto lain meluaskan rangkaian ke industri-industri yang diluar industri kewangan.