Penerbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang mencatat lonjakan melangkaui jangkaan dan paling tinggi dalam tempoh 3 dekad terus memberi sokongan kepada matawang USD untuk mengukuh ketara pada prestasi sesi New York semalam.
Terbitan itu mungkin akan meningkatkan sokongan kepada Federal Reserve (Fed) untuk meneruskan langkah pengetatan dasar polisi setelah umum langkah pengurangan pembelian bon (tapering) pada mesyuarat FOMC minggu lalu.
Pengukuhan USD juga diterajui oleh sentimen pasaran yang sedikit berisiko berikutan isu Evergrande kembali hangat pada ketika ini yang menaikkan lagi tarikan kepada raja matawang itu sebagai matawang safe-haven.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-data-inflasi-jadi
Menilai kepada carta harga pasangan matawang EUR/USD, harga nampaknya tampil garang dengan terjunan melebihi 100 pips untuk memusnahkan benteng sokongan sebelum ini pada 1.15000.
Pada pembukaan pasaran, pergerakan harga hanya berlegar di paras 1.16000 pada sesi Asia semalam (Rabu) sebelum mula memberi reaksi terjunan pada awal sesi Eropah sehingga ke penghujung sesi.
Yakni yang mana impak penurunan itu telah mencipta paras terendah terbaharu bagi 2021 sekitar 1.14750 dan zon tersebut turut merupakan paras yang paling rendah sejak dagangan Julai 2020.
Sekiranya harga terus memperoleh pacuan daripada pengukuhan USD untuk susut lebih parah, zon sokongan seterusnya pada 1.14000 dijangka akan menjadi tumpuan baharu kepada pelabur.
Pergerakan harga tersebut juga bakal menguatkan jangkaan pelabur untuk melihat harga pada carta EUR/USD bagi mengekalkan trend bearish susulan momentum positif daripada data inflasi.
Andai kata harga berjaya untuk kembali mencatat kenaikan, mula sekali pelabur mungkin akan melihat lonjakan bagi menguji zon SBR (support become resistance) 1.15000 sebelum terus mendaki.
Pendakian yang lebih tinggi pula akan menyaksikan pergerakan harga mencapai semula zon SBR 1.16000 yang ketika ini dilihat seperti zon yang paling sukar untuk ditembusi pada beberapa minggu.
Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG