Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk telah memuat satu tweet di Twitter beliau yang berunsur nasihat kepada para pelabur kripto. Beliau tidak menganjurkan para pelabur kripto untuk menyimpan matawang kripto di aplikasi atas talian yang tidak memberikan hak penjagaan penuh.
Elon Musk telah mengkritik secara terbuka medium pertukaran Freewallet yang memiliki satu kekurangan yang sangat penting dimana sistem itu tidak memberikan kunci peribadi kepada pelabur atau penyimpan kripto. Beliau menyatakan bahawa mana-mana aplikasi yang tidak memberikan kunci peribadi adalah perlu dielakkan.
Any crypto wallet that won’t give you your private keys should be avoided at all costs
— Elon Musk (@elonmusk) February 10, 2021
Freewallet merupakan aplikasi atas talian yang membolahkan kita menyimpan Bitcoin dan matawang kripto lain namun ia tidak memberikan anda hak penjagaan. Situasi yang dihadapi oleh Musk ialah wallet kriptonya terkunci dan perlu campur tangan Freewallet untuk menyelesaikan masalah itu. Nasihat beliau ini boleh dipakai oleh mana-mana aplikasi.
Robinhood dan PayPal adalah dua aplikasi paling terkenal yang membolehkan penggunanya membeli dan menjual matawang kripto. Namun kedua-dua ini tidak membolehkan anda menyimpan kripto anda sendiri. Mereka bahakan memiliki kunci peribadi anda dan boleh melakukan pertukaran kripto dalam simpanan anda.
Di dunia blockchain, pengguna dapat mengawal sepenuhnya dana mereka melalui kunci peribadi. Kunci peribadi pada dasarnya berfungsi sebagai kata laluan, yang membolehkan anda melakukan pertukaran dan pembelian.