Bank of England (BoE) pada hari ini mendedahkan bagaimana pihak mereka dalam mengurangkan rangsangan ekonomi yang diberikan semasa penularan Covid-19 dan dalam masa yang sama merancang untuk melakukan pengetatan dasar. Walaubagaimanapun buat masa ini BOE akan tetap memberikan rangsangan penuh walaupun dengan lonjakan inflasi.
Berdasarkan minit mesyuarat, hanya satu daripada penggubal dasar BoE, iaitu Michael Saunders, memilih untuk mengurangkan jumlah pembelian bon. Akhirnya, BoE menetapkan untuk mengekalkan pembelian bonnya tidak berubah pada 895 bilion pound ($ 1,25 trilion). Dalam masa yang sama, penanda aras kadar faedah turut dikekalkan pada 0.1%.
Dengan lebih daripada 70% orang dewasa di Britain yang telah menerima vaksin sepenuhnya maka kebanyakkan sekatan telah dicabut. Pada tahun 2020, UK telah menutup kebanyakkan sektor ekonomi mereka sehingga menyebabkan ekonomi merosot 10%. Namun pada tahun ini, ekonomi mula menunjukkan pemulihan, justeru BoE merancang untuk menstruktur rangsangan ekonomi mereka apbila tiba masanya.
BoE mengatakan akan mula mengurangkan stok bonnya apabila kadar polisi mencapai 0.5% dengan tidak melabur semula hasil hutang yang matang. BoE kemudiannya akan mempertimbangkan untuk menjual saham secara aktif apabila kadarnya mencapai sekurang-kurangnya 1%.
Jawatankuasa Dasar Monetari mengatakan beberapa pengetatan dasar monetari yang sederhana berkemungkinan akan diperlukan. Dalam masa yang sama, Bailey menegaskan BoE tidak akan teragak-agak untuk bertindak sekiranya prospek inflasi berada dalam bahaya.