Greenback kekal diniagakan stabil menjelang penerbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada sesi New York, sementara kebanyakan mata wang utama pula mempamerkan penyusutan.
Penyebaran varian coronavirus Omicron yang semakin meluas di banyak negara di seluruh dunia telah menyokong safe-haven seperti US dolar dan yen serta menekan mata wang berisiko.
Walaupun masih belum diketahui mengenai kesannya terhadap ekonomi dan keberhasilan vaksin Covid-19 ke atas varian tersebut, tetapi pelabur tetap bimbang kerana kebanyakan negara telah mengetatkan kawalan sempadan mereka.
Ketidakpastian ini membawa dagangan dolar Aussie dan kiwi untuk jatuh ke paras terendah satu tahun pada sesi Eropah, di mana masing-masing didagangkan di sekitar harga 0.7000 dan 0.6775.
Mesyuarat polisi Bank Pusat Australia (RBA) menjadi tumpuan pelabur bagi melihat reaksi para penggubal dasar terhadap isyarat yang diberikan oleh Federal Reserve AS untuk mengetatkan polisinya.
Sementara itu, mata wang pound dan euro pula terus diniagakan di bawah tekanan ketika US dolar mengukuhkan kedudukannya.
Dolar Kanada pula terus diperdagangkan lebih rendah ketika tumpuan pelabur turut terarah kepada pengeluaran data pekerjaan data Kanada pada sesi New York. Peningkatan harga minyak mentah dunia pada sesi dagangan hari ini gagal mengangkat loonie.