Baru beberapa bulan lepas Bank of America telah melancarkan kritikan terhadap Bitcoin kerana sifat ‘volatility’ yang tinggi dan tidak praktikal. Terkini, Bank of America dilaporkan telah menubuhkan pasukan penyelidikan baru untuk meneliti aset digital.
Memetik memo dalaman, bank pelaburan gergasi multinasional AS telah mengubah langkah yang diambil sebelum ini dengan bersiap sedia untuk terjun ke dalam pasaran kripto. Berdasarkan laporan tersebut, Bank of America telah menubuhkan pasukan khusus untuk meneliti kripto.
Walaupun tidak banyak maklumat yang hadir setakat ini, memo tersebut secara jelas menyatakan sokongan dengan menyebut, ” kripto dan aset digital merupakan salah satu ekosistem teknologi yang paling pesat berkembang. Pihak kami berada dalam posisi yang unik dan memiliki sumber yang banyak, justeru dengan ini pihak kami bersedia untuk menjadi sebahagian dari pemimpin industri”.
Jurucakap dari bank mengesahkan laporan yang tersebar ini namun gagal memberikan lebih banyak perincian mengenai projek tersebut.
Segelinitir pemain pasaran menganggap ini sebagai klise, baru sahaja beberapa bulan yang lalu, sebuah makalah yang diterbitkan oleh bank ini menyatakan bahawa Bitcoin adalah tidak stabil dan tidak praktikal. Ditambah pula, makalah tersebut menegaskan bahawa kripto utama tersebut telah gagal sebagai simpanan nilai.
Walaubagaimanapun, gabungan bank gergasi ini merupakan sentimen yang positif dalam komuniti kripto. Dengan ini dapat dilihat bahawa institusi kewangan juga semakin menaruh perhatian terhadap kripto.