Harga emas sedikit berubah dengan terus berlegar di sekitar paras terendah tiga minggu ketika pelabur menantikan data inflasi AS yang mungkin mempengaruhi keputusan Federal Reserve (Fed) untuk mengurangkan rangsangan.
Pada sesi Asia, logam berharga itu diniagakan pada $1,790 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit meningkat pada $1,791 per auns.
Indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat dijangka akan terus menunjukkan peningkatan pada Ogos walaupun bacaan yang dicatatkan mungkin lebih perlahan daripada yang direkodkan bulan sebelumnya.
Bacaan inflasi ini akan diteliti dan dijadikan petunjuk mengenai garis masa pengurangan rangsangan oleh Federal Reserve (Fed) yang akan mengadakan mesyuarat polisi pada minggu depan.
Emas biasanya akan meningkat sekiranya inflasi meningkat kerana ia dianggap sebagai lindung nilai kepada inflasi.
Tetapi dengan kenaikan inflasi, ia juga meningkatkan jangkaan pasaran untuk Fed segera melakukan pengurangan pembelian bonnya.
Buat masa ini, para pelabur mengambil langkah berhati-hati untuk meletakkan posisi, menyebabkan pergerakan pasaran dilihat terhad.
Sementara itu, dagangan US dolar yang kekal stabil selepas meningkat ke paras tertinggi dua minggu, juga menyebabkan harga emas lebih berharga bagi pemegang matawang utama lain.