Tragedi berdarah melanda pasaran kripto dengan kebanyakan mata wang kripto kini sedang mempamerkan penurunan mendadak sehingga melebihi 10% pada pembukaan pasaran untuk hari ini.
Penurunan yang dibuat ini juga didorong oleh penurunan yang ketara terhadap pergerakan harga bagi Bitcoin yang ketika ini telah membuat penurunan sehingga ke bawah paras $40,000.
Pergerakan harga bagi BNB juga tidak ketinggalan untuk membuat penurunan melebihi 40% pada pembukaan pasaran untuk bulan ini setelah ia membuat paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang terbaru.
Namun sekiranya pergerakan menunjukkan trend kenaikan, paras resistance sekitar harga $600 bakal diuji semula sebelum menuju paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang pernah dicatatkan pada 10 Mei lalu mencapai $691.77.
Jika harga terus membuat penurunan, zon RBS (resistance become support) $300 bakal menjadi tumpuan utama untuk diuji sebelum membuat kenaikan semula atau harga bakal menyambung penurunan ke paras lebih rendah yang pernah dicatatkan pada bulan Februari sekitar paras $200.
Lihat gambar carta matawang kripto BNB/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.