Pelabur Kripto Cemas Harga Bitcoin Jatuh Bawah Paras $40,000!

2,286

Bitcoin terus memberi kejutan dan tekanan kepada semua pelabur apabila nilainya terus dan menerus membuat kejatuhan yang mendadak pada minggu ini.

Kejatuhan harga Bitcoin yang terjadi ini kemungkinan disebabkan oleh sekatan terhadap perkhidmatan yang berkaitan matawang kripto di Beijing.

Terdapat juga ramalan daripada beberapa penganalisis pasaran kripto yang menyatakan bahawa penurunan yang dibuat oleh Bitcoin adalah pembetulan harga (correction) selepas membuat lonjakan sehingga melebihi 500% bermula pada bulan Oktober.

Manakala untuk bulan April, Bitcoin telah membuat penurunan sebanyak 27% setelah mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang terbaru pada harga sekitar $64,854 sebelum menutup dagangan untuk bulan tersebut sekitar harga $57,000.

Bersambung pada bulan Mei, Bitcoin terus membuat penurunan yang lebih drastik sehingga menguji zon RBS (resistance become support) di paras harga $40,000. Zon tersebut merupakan paras tumpuan harga ketika Tesla membuat pembelian Bitcoin sebanyak $1.5 Bilion pada Februari yang lalu.

Kebanyakan pelabur ketika ini lebih memberi perhatian dan berjaga-jaga atas setiap ciapan CEO Tesla Elon Musk yang berpotensi memberikan impak besar terhadap pasaran kripto.

Tetapi dalam masa sama ada juga pandangan yang menyatakan bahawa paras $40,000 merupakan paras yang terendah untuk dicapai dan akan membuat lonjakan yang lebih tinggi.

Cartor Worth, pengurus teknikal pasaran Cornerstone Macro juga ada memberi pendapat bahawa Bitcoin mampu membuat penurunan sehingga ke paras sokongan terendah sekitar harga $29,000 – $30,000.

Daripada segi teknikal, dapat dilihat Bitcoin nampaknya agak bergelut di paras harga $45,000 sebelum membuat penurunan ke paras terendah untuk bulan ini. Jika pergerakan harga Bitcoin kembali membuat peningkatan, paras harga $50,000 bakal menjadi tumpuan utama sebelum jangkaan untuk lonjakan yang lebih tinggi.

Tetapi jika Bitcoin terus membuat penurunan yang lebih rendah, paras harga $30,000 bakal diuji dan perkara ini akan menyebabkan kerugian terhadap syarikat Tesla.

Setakat jam 1.30 tengahari waktu tempatan, harga Bitcoin telah susut lebih rendah di bawah paras $40,000 ke paras sekitar $38,7000.

Lihat gambar carta matawang kripto BTC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat