Kajian yang dijalankan oleh Financial Conduct Authority (FCA) United Kingdom (UK), mendapati lonjakan minat dalam sektor kripto didorong oleh golongan generasi muda, terutama wanita berusia di bawah 40 tahun.
Rata-ratanya tertarik dengan pelaburan kripto kerana perasaan yang teruja dan keseronokan, termasuk idea pelaburan terhadap firma yang mereka labur.
Lebih menarik, generasi muda ini melihat pelaburan kripto sebagai satu persaingan konvensional di sebalik pelaburan yang mana secara dasarnya adalah jaminan masa depan seseorang.
Bagaimanapun, pengarah eksekutif FCA, Sheldon Mills meluahkan kebimbangannya terhadap para pelabur muda dilihat mudah terpengaruh dengan iklan online dan taktik penjualan tekanan tinggi untuk pembelian high-risk yang mana tidak sesuai untuk mereka.
Ini bukan kali pertama FCA memberi amaran kepada para pelabur, mengingatkan pelaburan ini melibatkan risiko kehilangan wang dalam jumlah yang banyak.
Walapun pelabur runcit dilihat aktif dalam pelaburan kripto sejak 2017, kadar pertumbuhannya semakin meningkat sejak tahun lepas susulan daripada wabak COVID-19.
Disebabkan itu, bukan sahaja FCA tetapi juga pihak kewangan global turut menunjukkan keprihatinan terhadap peningkatan minat terhadap sektor matawang kripto.
Jadi, anda berada di pihak yang mana? Pelabur yang teruja dengan pelaburan kerana cabaran risiko atau pelabur yang saja suka-suka untuk habiskan masa?