Mengejutkan, Bitcoin secara tiba-tiba jatuh merundum pada sesi dagangan semalam memberi sedikit kegusaran kepada para pelabur kripto yang menjangkakan raja kripto tersebut akan meneruskan lonjakan.
Nampaknya jangkaan pakar strategi bloomberg ‘Mike McGlone’ yang diramalkan mencapai $100,000 akhir tahun ini telah di cantas oleh perkembangan berita ini!
Pandangan perspektif, Bitcoin menyusut hampir 20% menjunam sehingga ke paras harga sekitar $43,000, namun nilaian harga kembali bergerak di paras $47,000 pada pagi Selasa.
Seterusnya, teliti carta pergerakan semasa harga BTC/USDT.
Pada sesi dagangan hari ini, nampaknya BTC kembali menunjukkan pergerakan positif dan sedang menguji zon SBR (support become resistance) sekitar $47,000.
Bagi jangkaan seterusnya, jika BTC kekal dengan pergerakan harga positif, zon SBR sekitar $47,000 tersebut bakal ditembusi dan menuju ke zon SBR yang seterusnya.
Namun jika BTC kembali dengan corak penurunan, BTC bakal menguji zon RBS (resistance become support) sekitar $45,000 sebelum membuat penurunan ke paras yang lebih rendah.
Sewaktu penulisan, BTC/USDT didagangkan pada harga sekitar $47,000 susut lebih 10% dalam tempoh 24 jam terakhir.
Lihat gambar carta matawang kripto BTC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.