Berita mengenai varian Covid-19 baharu yang dikatakan berpotensi menyebabkan penularan Covid-19 yang lebih pantas telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan pemain pasaran. Para pemain pasaran mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan melabur dalam matawang pelindung nilai seperti Yen, Jepun dan franc Switzerland.
Matawang yen dan franc telah mencatat keuntungan, manakala matawang Australia dan Norway telah kehilangan permintaan berikutan cuti kesyukuran A.S pada hari Khamis yang menyebabkan pasaran lebih tidak menentu.
Pengetahuan mengenai varian baharu ini masih terbatas kerana ianya baru dikesan di Afrika Selatan, Botswana dan Hong Kong.Walaubagaimanapun, saitis beranggapan bahawa ia dapat memberi ancaman pada imuniti badan.
Matawang yen telah catat lonjakan dari paras terendah lima tahun ke paras tertinggi mingguan berbanding US dolar dengan pengukuhan sebanyak lebih dari 1% ke paras tertinggi 113.6.
Sementara itu matawang Euro melonjak 0.7% ke paras tertinggi $1.129 walaupun ia hampir jatuh ke paras terendah 6-1/2 tahun berbanding franc Swiss.
Negara Britain telah mengambil langkah proaktif dengan membatalkan penerbangan ke beberapa negara dengan menyatakan varian barharu itu masih belum diketahui bahayanya yang sebenar.
Matawang sterling merosot keparas terendah baru bagi 2021 di bawah $1.33 berikutan kegusaran dalam pasaran dan sebahagian pemain pasaran mengurangan pertaruhan kenaikan kadar faedah pada bulan Disember.
Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding matawang utama menyusut 0.67% kepada paras dagangan 96.225.