Mata wang Eropah berjaya paparkan pengukuhan berbanding US dolar pada dagangan Khamis semalam dengan tumpuan kepada keputusan mesyuarat bank pusat Eropah dan England.
European Central Bank (ECB) telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan mengesahkan program pembelian kecemasan pandemik (PEPP) akan berakhir pada Mac 2022 seperti yang dijangkakan pasaran sebelum ini.
ECB juga umumkan langkah tapering bagi program pembelian aset (APP) kepada pengurangan sebanyak €40 bilion pada suku kedua dan €30 bilion pada suku ketiga tahun hadapan daripada pengurangan semasa pada €20 bilion.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-matawang-eropah
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD telah menambah lonjakan sekitar 80 pips sejak dari sesi Asia semalam.
Ini menyusuli lonjakan harga selepas keputusan mesyuarat FOMC pada sesi sebelumnya dan menunjukkan Euro berjaya mendominasi pada dagangan penghujung minggu dengan kenaikan sekitar 130 pips dalam masa 2 hari.
Namun kenaikan bergelut untuk melepasi zon 1.13500 sebelum kembali menutup dagangan sesi New York lebih rendah semula.
Sekiranya situasi berterusan, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk menuju zon rintangan pada 1.14000 selepas beberapa minggu harga bergerak di bawah zon tersebut.
Pelabur walau bagaimanapun tidak menolak ramalan bagi penurunan semula harga dengan faktor fundamental yang kukuh menyokong US dolar.
Penurunan harga berkemungkinan akan menguji sekali lagi zon support 1.12500 sekiranya US dolar kembali mengukuh di penghujung minggu.
Penurunan lebih rendah untuk perubahan trend bearish semula akan mendorong harga menuju zon support utama 1.12000 yang menjadi zon terendah harga dicecah untuk tahun 2021.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG