Pergerakan US dolar suram menuju penghujung minggu berikutan data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York semalam kembali catatkan peningkatan semula.
US dolar dilihat bergerak lemah berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran kecuali Euro.
Mata wang Euro paparkan pergerakan rancak semalam dengan tumpuan utama pelabur terarah kepada keputusan mesyuarat dasar bank pusat Eropah yang menyaksikan kejatuhan nilai Euro.
Seperti yang telah dijangkakan pasaran, European Central Bank (ECB) mengekalkan dasar yang longgar dalam mesyuarat terbaru dan memberi isyarat bahawa kadar faedah akan terus kekal di paras rendah sehingga sasaran inflasi dicapai.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-apa-jadi-matawang
Pandangan sudut teknikal pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga pada mulanya membuat kenaikan ke paras 1.18300 dilihat telah menjunam semula sekitar 70 pips ke bawah paras 1.17600 selepas keputusan mesyuarat ECB.
Harga kemudiannya bergerak mendatar sehingga ke penghujung sesi New York dan pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam kembali memberi isyarat bearish.
Bersambung pada sesi Asia pagi Jumaat, harga bergerak perlahan di sekitar paras 1.17800 dengan jangkaan penurunan lebih rendah harga akan diteruskan pada sesi berikutnya.
Penurunan harga bakal menuju ke zon support 1.17200-1.17000 menguji sekali lagi zon tersebut seperti dagangan Mac lalu sebelum mencatatkan paras terendah terbaru sejak November 2020.
Namun, sekiranya harga melonjak kembali di atas paras 1.18000, pelabur akan melihat sebagai petunjuk awal bagi trend bullish harga semula.
Kenaikan harga seterusnya akan terdorong untuk menuju ke zon rintangan tumpuan sebelum ini pada 1.19000.
Tumpuan pelabur pada dagangan penghujung minggu akan terarah pada data sektor ekonomi bagi pembuatan dan perkhidmatan di Eropah dan AS yang akan mempengaruhi kedua-dua mata wang Euro dan US dolar.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI