Kes Covid-19 di serata dunia semakin hari semakin membimbangkan dengan penularan varian baru Covid-19 iaitu Delta. Di Jepun pula, perhatian terhadap penularan Covid-19 masih menjadi tumpuan dengan pengedaran vaksin yang semakin dipergiatkan. Walaubagaimanapun, pemain pasaran masih memiliki tanda tanya mengenai prospek ekonomi Jepun.
Pada hari ini pentadbiran Jepun telah memberi pencerahan mengenai perkembangan ekonomi Jepun. Menurut pemerintah, ekonomi Jepun dijangka akan pulih ke tahap pra-pandemik pada akhir tahun ini yang akan didorong oleh eksport yang kukuh serta peningkatan dalam perbelanjaan pengguna.
Dalam tinjauan pertengahan tahun, pentadbiran Jepun meramalkan bahawa sepanjang tahun fiskal sehingga akhir bulan Mac, ekonomi akan berkembang 3.7% dan KNDK akan mencecah 547 trilion yen ($ 4,9 trilion) iaitu angka yang dikecapi semasa Oktober-Disember 2019.
Pakar ekonomi menyatakan bahawa pemulihan ekonomi Jepun akan menjadi sederhana pada separuh pertama tahun ini namun akan berkembang dengan pantas pada separuh tahun kedua kerana peningkatan dalam eksport dan perbelanjaan modal yang stabil.
Ramalan tersebut membawa indikasi bahawa pengembangan ekonomi yang lebih lemah daripada anggaran pada Januari lepas yang menjangkakan pertumbuhan 4.0% bagi tahun ini. Pertumbuhan untuk tahun fiskal berikutnya dijangka perlahan kepada 2.2% apabila kadar eksport menjadi sederhana. Namun permintaan domestik yang kuat akan menaikkan KDNK menjadi 558 triliun yen,
Bank Pusat pada hari Isnin mengutarakan pandangan bahawa pembuat dasar ekonomi serantau setakat ini lebih memilih untuk menangguhkan langkah-langkah rangsangan monetari atau fiskal dalam waktu terdekat ini.
Jumlah jangkitan yang semakin meningkat telah memaksa Jepun untuk mengekalkan keadaan darurat “kuasi” beberapa minggu sebelum Sukan Olimpik Tokyo bermula pada 23 Julai. Matawang USD menyusut berbanding matawang Yen sebanyak 0.29% setakat jam 10.00 p.m.