Kesatuan Eropah (EU) telah mengambil tindakan mengejutkan dengan menangguhkan tindakan undang-undang ke atas UK yang sebelum ini didakwa melanggar protokol Ireland Utara.
Keputusan ini dibuat bertujuan untuk mewujudkan ruang yang diperlukan bagi mempertimbangkan cadangan Britain untuk mereformasikan perjanjian tersebut.
Tindakan undang-undang tersebut telah dimulakan pada bulan Mac, di mana selepas UK mengambil tindakan sepihak untuk mengubah pelaksanaan protokol.
Pada masa itu, UK menangguhkan pemeriksaan baru terhadap makanan, bungkusan dan haiwan peliharaan yang memasuki Ireland Utara dari Great Britain.
Protokol Ireland Utara telah dipersetujui oleh UK dan EU untuk mengelakkan perbatasan keras di Ireland. Kedua-dua pihak melakukannya dengan mengekalkan Ireland Utara dalam pasaran barang tunggal EU.
Bagaimanapun, tindakan tersebut telah menyebabkan wujudnya perbatasan perdagangan baru di Laut Ireland, menyebabkan beberapa kesulitan dalam memindahkan barang dari Great Britain ke Ireland Utara.
Hal ini menyebabkan UK mencadangkan rundingan baru untuk mengubah perjanjian tersebut, namun telah ditolak oleh EU, tetapi bersetuju untuk mempertimbangkan sebarang cadangan yang menghormati prinsip perjanjian itu.
Hasilnya, EU pada hari Selasa telah mengambil keputusan untuk menghentikan sementara tindakan undang-undangnya terhadap UK bagi memberi ruang mempertimbangkan cadangan tersebut.