Acap kali Bitcoin diangkat sebagai emas digital dan dianggap lebih bernilai daripada emas.
Namun, berbeza dengan Ketua Kajian Komoditi Goldman Sachs, Jeff Currie yang berpendapat ‘emas digital’ tidak wajar dikaitkan dengan matawang kripto, sebaliknya lebih layak dipandang sebagai ‘tembaga digital’.
Jelasnya, nilai matawang kripto yang berubah-ubah menyebabkan nilainya jauh berbeza dengan emas, walaupun tidak dinafikan kedua-duanya pelindung inflasi.
“Matawang kripto lebih sesuai disamakan dengan tembaga kerana ia berisiko,” ujarnya dalam temubual bersama platform media CNBC.
Pelindung inflasi sebegini, yang mana merangkumi tembaga dan minyak adalah pelindung nilai bagi ‘inflasi yang baik’ ekoran daripada permintaan yang meningkat.
Sementara itu, emas pula merupakan pelindung kepada inflasi buruk yang disebabkan olehh prubahan dalam bekalan.